Achievement

Bagaimana Personal Shopper Ini Urus 3,000 Order Sebulan Dengan Yezza

  • Beroperasi di Melaka.
  • Bermula pada Oktober 2017.
  • Diasaskan oleh adik beradik
  • Hilang ‘work life balance’ bila musim shopping di U

AZU
FOUNDER BABY AUTHENTIC
TEAM BABY AUTHENTIC

Pernahkah anda terfikir untuk menyarungkan anak anda pakaian berjenama seperti Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, GAP dan Carters? Jika ya, anda mungkin terkejut dengan tanda harga pakaian berjenama ini! Sedar akan masalah yang dihadapi kebanyakan ibu bapa muda di Malaysia, maka lahirlah Baby Authentics sebagai ‘personal shopper’.

Modus operandi mereka cukup mudah, mereka kumpul pesanan pelanggan secara preorder untuk beli barang dari Amerika Syarikat.Kemudian poskan kepada pelanggan di Malaysia dalam masa 3-6 minggu. Model bisnes yang cukup mudah ini berjaya menjana lebih RM1 juta buat Baby Authentics sepanjang Ogos 2020 – Jun 2021.

HARI – HARI AWAL BABY AUTHENTICS 

Pada peringkat awal perniagaan, Baby Authentics mengumpul semua pesanan pelanggan menerusi WhatsApp. Mereka mewajibkan pelanggan membayar deposit sebanyak 30% daripada jumlah pesanan.

Platform sosial media pula adalah :-

1.Instagram

2.Facebook Page 

Mulanya, mereka hanya mempromosikan barangan menerusi akaun Instagram @baby.authentic dan Facebook Page sahaja. Adakala mereka menggunakan IG Ads sebagai solusi menarik lebih ramai pelanggan baru.

Selepas beberapa lama, mereka mendapati pesanan pelanggan mula meningkat. Dan timbul isu kekurangan tenaga pekerja untuk memproses pesanan pelanggan.

“Waktu ini, semua pesanan dan payment memang kami buat dalam WhatsApp.”

Solusi terbaik?

Mereka hentikan promosi di Facebook dan hanya fokus kepada Instagram sahaja.

CABARAN SEBAGAI PERSONAL SHOPPER DI MALAYSIA

Keuntungan sebenar sebagai personal shopper adalah berpandukan harga upah untuk setiap helai baju yang dibeli pelanggan. Jadi, 

untuk mencapai jumlah untung yang signifikan, Baby Authentics perlu menetapkan target minimum pesanan sebulan. Untuk itu, mereka menetapkan 2,000 helai sebulan sebagai target jualan mereka. 

Malangnya, mereka terpaksa mengorbankan ‘work life balance’ kerana perlu mengejar target jualan bulanan yang masuk melalui WhatsApp. Perbezaan waktu di antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga menyebabkan mereka tidak mendapat tidur yang cukup.

“Bayangkan waktu siang kami layan WhatsApp pelanggan, malam sengkang mata beli barang pula.”

Masalah menjadi parah apabila di US, sedang berlangsung jualan mega seperti :-  

1. Black Friday

2. Jualan Krismas

3. Jualan Penghabisan Stok

Mereka bekerja hampir 24 jam sehari kerana tempahan di WhatsApp masuk tanpa mengikut masa. 

Baby Authentics akhirnya akur dan terpaksa mengambil tindakan yang kurang popular dalam bisnes. Mereka mengehadkan pesanan pelanggan.   

Secara praktikalnya, mereka sedang mengehadkan jumlah keuntungan yang mereka boleh capai kerana kekurangan masa dan tenaga. 

SURVIVAL DI WAKTU PANDEMIK

Memandangkan Baby Authentic tergolong dalam industri fesyen, mereka turut terkesan dengan krisis kesihatan yang melanda Malaysia. Hal ini kerana, pelanggan memilih untuk tinggal di rumah. Kesannya, permintaan terhadap pakaian berjenama untuk kanak – kanak menurun.

Selain itu, larangan majlis perayaan, kenduri kendara dan pelancongan juga menjejaskan permintaan barangan mereka. Sungguhpun Baby Authentic sentiasa menawarkan promosi pada pelanggan lama, mereka kurang membeli kerana pakaian sedia ada juga masih belum dipakai.

Demi kelangsungan hidup, Baby Authentic mengambil langkah proaktif dengan menjual produk tambahan. Kebanyakan produk essential masih mendapat permintaan tinggi sewaktu Covid-19 melanda. 

Antaranya adalah :- 

  • Berus gigi
  • Krim sapuan
  • Barang mandian
  • Permainan kanak-kanak

BERMULANYA PERUBAHAN BABY AUTHENTIC  

Baby Authentic mula menggunakan website babyauthentic.com (Yezza) pada Ogos 2020 kerana mereka sedar akan keperluan sebuah online sistem untuk pengurusan operasi harian Baby Authentic. 

Sebagai pengguna, Baby Authentic mendapati online sistem bukan sahaja memudahkan urusan mereka bahkan memudahkan urusan pembelian pelanggan.

“Fungsi butang WhatsApp di setiap produk mudahkan hubungan dua hala customer dan kami sebagai seller.”

Pada awalnya, sebahagian besar pelanggan mereka keberatan untuk menukar proses pembelian daripada WhatsApp kepada Yezza. Proses transisi ini berlaku dan lebih kritikal di kalangan pelanggan tetap Baby Authentic. 

Baby Authentic telah melakukan beberapa langkah bijak dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli menerusi Yezza seperti:- 

  • Memberi contoh pesanan pelanggan lain menggunakan Yezza
  • Berkongsikan kelebihan pembelian dari Yezza

“Customer kalau tak nak que untuk team kami balas WhatsApp, kami ajar mereka untuk beli di Yezza.”

Fungsi yang membantu Baby Authentic adalah sistem online invois dan payment gateway kerana dua fungsi ini melancarkan urusan peniaga dan pembeli. Hari demi hari, pelanggan Baby Authentic lebih gemar ke Yezza Store kerana boleh pilih sendiri barang sebelum membuat bayaran.

PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN YEZZA

Sebelum menggunakan Yezza, Baby Authentic terpaksa mengehadkan pesanan pelanggan. Selepas menggunakan Yezza, mereka tidak perlu lagi mengehadkan pesananan sekaligus meningkatkan jualan bulanan mereka. 

Dengan kelebihan jualan yang lebih tinggi, mereka mempunyai kapasiti untuk menambah pekerja bagi menguruskan operasi bisnes.

“Masa operasi Baby Authentic dulu ikut office hour, sekarang kami buka 24 jam.”

Perubahan terbesar selepas menggunakan Yezza adalah kami kembali mempunyai ‘work life balance’ & mampu menguruskan 3,000 helai pesanan baju sebulan!

TEKNIK MARKETING OLEH BABY AUTHENTIC

Pada awal penubuhan Baby Authentic, tidak ada teknik dan strategi luar biasa, kami hanya menggunakan sepenuhnya instagram dan Facebook Group. Selepas menggunakan Yezza, Baby Authentic semakin proaktif ke arah pemasaran online dan mula menyusun strategi untuk menggunakan semua platform sosial media yang ada. 

Untuk pelanggan yang ingin lebih details dan promosi, mereka wujudkan Telegram Channel.

Relevankah menggunakan Telegram Channel?

Ya. 

Kerana majoriti pelanggan tetap mereka memilih Telegram untuk info penting seperti diskaun bulanan, promosi.

Untuk pelanggan yang mendaftar sebagai VIP Baby Authentic, mereka dimasukkan ke dalam WhatsApp Group dan mereka diberi akses untuk:-

  • Special sales
  • Voucher 
  • Promotion 

Konsep jualan mereka adalah pre-order dan mereka mendapati conversion rate lebih rendah berbanding ‘ready stock.’

Setakat ini, conversion rate Baby Authentic adalah 52% – 62% sebulan. Rata – rata follower Baby Authentic di sosial media adalah rakan – rakan kepada pelanggan mereka.

MAJU SELANGKAH DALAM BISNES 

Memandangkan Yezza telah selesaikan masalah sistem online bisnes mereka, kini tibalah masa untuk maju selangkah dalam bisnes. Maksud maju dalam bisnes ini adalah mencapai satu target jualan baru setiap bulan. 

Antara perancangan yang dilakukan adalah:- 

  • Meningkatkan penjenamaan baby Authentic agar menjadi Personal Shopper pilihan 
  • Buat pemasaran online secara lebih proaktif kerana lebih ramai berada dirumah dan menghabiskan masa di internet  
  • Menyediakan readystock agar jualan dapat dilakukan setiap hari
  • Kenal pasti tarikh penting sales besar – besaran di Malaysia dan US untuk merancang persediaan yang perlu dilakukan

Usahawan yang bijak adalah mereka yang dapat meramal masa depan. Baby Authentic dilihat bijak dalam merangka teknik dan strategi untuk mencapai target jualan mereka. 

Mereka juga sedar ‘behavior’ pembeli mereka berubah – ubah mengikut bulan dan jualan yang diadakan. Misalannya, orang ramai cenderung untuk beli belah pada hujung tahun dan musim perayaan.

Baby Authentic tahu mereka perlu ada plan B sekiranya permintaan sesuatu barang berkurang. Mereka selesaikannya dengan menjual readystock produk keperluan harian seperti barang mandian dan mainan kanak – kanak.  4 tahun dalam dunia personal shopper telah mematangkan Baby Authentic dalam mengenal audiences. 

Perjalanan Baby Authentic tidak mungkin berubah sekiranya mereka tidak mengubah cara fikir dan bersikap opportunis dalam bisnes. 

Jelas, setiap masalah yang dihadapi adalah satu peluang untuk menjadi lebih baik. Bisnes anda juga boleh maju dan berkembang sekiranya anda menyelesaikan masalah audiences yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *